CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku dan sesuatu

Aku dan sesuatu
INNA FATAHNA LAKA FATHAN MUBINA

Tegakkan Islam di Muka Bumi Tuhan!

Friday 19 October 2012

e-novel: Apalah Daya Hati [Bab 1-10]




1




Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, sambil mendengar radio frekuensi       101.5,THR dan di samping melayan lagu Dil kya kare[1] di corong radio ini, mata Delisha Iman masih lagi menatap di skrin handphone nokia berwarna hitam, menunggu panggilan dan mesej dari Faris Haikal.
'Mana la si Faris ni, janji nak call...Ishk..' Bisik hati Delisha Iman teringat dengan niat Faris Haikal pagi tadi.
“Hmm... Nanti Is call Iman ye, malam ni lepas isyak, Is nak cakap sesuatu...” Serius suara Faris Haikal memberitahu Delisha Iman.
Okay,.. Tapi kenapa tak nak cakap sekarang je...” Delisha Iman seolah-olah tidak sabar lagi ingin mengetahui perkara yang ingin diberitahu padanya. Sementelah sifat inkuirinya yang terlalu tinggi.
“Em.. Is sibuk sekarang.. Malam nanti ada usroh[2]. Lagipun ada assignment yang nak kena hantar kejap lagi, jadi Is nak siapkan dulu... Malam ni ye Is mesej... Okay..?” Pujuk Faris Haikal. Dia juga semakin rasa bersalah untuk mengutarakan niatnya itu, Delisha Iman satu-satunya wanita yang pernah dia sayang, tetapi dilema ini membuatnya serba tidak menentu. Kasih Allah itu yang wajib didahulukan berbanding makhluk-Nya. Hatinya berbisik sendirian.
“Hmm..okeylah...Assalamu’alaikum...”




Sedang  menunggu panggilan daripada Faris Haikal, mata Delisha Iman mula layu.
‘Ergh, mengantuklah pulak...’ Detik hatinya, dalam sedang menunggu, matanya mula terpejam dan terus dibuai mimpi.

***


Seusai menunaikan solat subuh, Delisha Iman meneruskan rutin hariannya dengan membaca surah Al-Waqi'ah, dengan harapan agar rezekinya bertambah luas, di samping amalan hariannya untuk istiqomah[3] dalam melakukan ibadah. Matanya segera berpaling memerhatikan  handphonenya yang sedang berbunyi, ternyata ada mesej yang masuk. Segera dibuka security code dan terus membaca isinya..'Oh,mesej dari Faris,...' Detik hatinya...
"Assalamu’alaikum..Maaf Is busy sangat semalam...tak sempat nak mesej..."

Delisha Iman tersenyum simpul. Memang menjadi kebiasaan Faris Haikal untuk meminta maaf apabila tidak membalas mesej. Senyum simpul Delisha Iman membawa maksud bahawa dia sudah masak dengan sikap Faris Haikal. Perhubungan mereka yang agak lama telah menjadikan Delisha Iman sangat memahami dengan sikap dan peribadi Faris Haikal.
Firasat hati Delisha Iman kali ini tepat lagi apabila membaca isi mesej dari Faris Haikal. Memang Faris Haikal ada alasan untuk tidak reply mesej pada masa-masa tertentu. Tidak mengapa, Delisha Iman sentiasa  menerima alasan yang diberi. 


Dengan hati yang agak terpujuk Delisha Iman menjawab....
 Wa’alaikumussalaam.. takpe...tapi perkara apa yang Is nak bagitau semalam..?”

“Is nak bagitahu, Is nak stop kan hubungan kita....sebab banyak benda yang perlu Is fokuskan...harap Iman faham....kalau ada jodoh, insha-Allah tak ke mana.”

 “Haila! Kenapa dengan tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je buat keputusan macam ni?” Delisha Iman mengerutkan dahinya. Mesej Faris Haikal dibacanya berulang kali. Mimpi apakah yang menyelubungi Faris Haikal atas keputusannya yang tidak diduga? Dulu janji
untuk datang melamar dirinya seakan-akan dilupakan sebegitu saja. Harapan menggunung yang dahulu diberikan, kini bertukar menjadi debu-debu yang berterbangan melarikan diri dari gunung yang menggunung itu. Perasaan Delisha Iman ketika ini amat sukar untuk digambarkan, sedih hanya Allah saja yang tahu...Selama ini Faris Haikal banyak memberikan motivasi dan semangat padanya, kini ingin pergi meninggalkan dirinya tanpa alasan yang munasabah. Detik hatinya.....
‘Dia nak tinggalkan aku. Ya Allah...Ya! Aku tahu dia seorang Da’ie[4] yang bakal menjadi ustaz. Kena jaga hati dan iman. Tapi.... Inikah caranya?’ Delisha Iman mula bermonolog sendirian.

***






















Jangan terlalu menyayangi seseorang sehingga meletaknya di dalam hati sedalam-dalamnya, kerana kelak apabila dia pergi meninggalkan kita, sakitnya pasti sukar diubati kerana hati telah dimamah sehingga bernanah. Tetapi, sayang sekadarnya sudah memadai andai dia pergi meninggalkan kita, kesannya tidak terlalu hebat.  Apa yang pasti sayangi dan cintai Tuhan yang menciptakannya dengan sedalamnya, kerana DIA pasti tidak akan meninggalkan kita....”

 















The most important things that give one's life a meaning are TAQWA (piety) and sincerity. Taqwa is to curb one's fleshly desires and to strengthen the spiritual potential through prayers to God and doing good deeds for humanity....’
Buku ‘Taqwa and Sincerity’ karya Osman Nuri itu diletakkan bersebelahan buku-buku kuliyyahnya. Hatinya mula protes.
Pening aku dengan syarahan ni... Nak kena jelaskan tentang ikhlas dan taqwa... Hmm.. Walau pening macammana sekalipun, aku tetap kena buat jugak syarahan ni untuk present nanti... Arghh... Lima belas markah tuu.....

Dah-dah lah tu Iman... Bawak-bawaklah berehat. Jom la turun makan kat kafe, aku laparla....” Sampuk Rasyidah dari belakang.

Kau ni... Asyik lapar je.. Baru hari ni nak ajak aku makan. Before this asyik keluar dengan mamat tu je....”  Delisha Iman tersenyum segaris. Matanya mula tertumpu pada wajah teman sebiliknya itu. Rasyidah yang mengambil jurusan engineering sangat berbeza perwatakannya berbanding dengan Delisha Iman yang mengambil jurusan Ilmu wahyu. Kehidupan Rasyidah lebih sosial berbanding dengan kehidupan Delisha Iman. Walaupun begitu, Rasyidah lebih senang dengan Delisha Iman kerana sikap dan peribadi Delisha Iman yang terlalu sempoi memikat hati Rasyidah untuk mendekatinya.
Yela-yela... Tak nak makan dengan aku, terus terang je la... Jangan kaitkan mamat tu pulak....”  Rasyidah bingkas bangun dan mencebik ke arah Delisha Iman.

Haha.... Merajuk la tu. Jom la..!” Pantas Delisha Iman mengambil duit serta menyarungkan tudungnya dan terus berlalu mengikut rentak Rasyidah menghala ke pintu.




Kafeteria Mahallah[5] Asiah...
‘Dinginnya di malam ini, suasana pilu... Terkenangnya ku kembali sejarah silam... Setelah engkau pergi, sepi hatiku. Tak mungkin bercinta lagi.... lalala...’

Poyo gila mamat ni... Tiba-tiba jiwang malam-malam macam ni nyanyi lagu putus cinta pulak....”  Separuh berbisik Delisha Iman sambil matanya memandang tepat ke bahagian meja yang diduduki oleh beberapa pelajar lelaki di situ.Wei Rasyidah, apasal ada orang jantan kat kafe kita ni?!” Suara Delisha Iman bergetar di ruang kafeteria. Memandangkan tidak ramai orang di kafe Asiah pada malam itu, suara Delisha Iman boleh didengari oleh beberapa pelajar yang berada berdekatan dengannya.

Entahlah Iman, maybe kafe kat hostel lelaki tutup kot malam-malam....”  Rayidah berjalan mengikut langkah Delisha Iman dari belakang.

Alaa.... Tak kan la tak boleh kot kita orang lepak kat sini, tukar angin.. Asyik makan kat sana je, boringla.. Nak jugak rasa makanan kat sini,... Kan cik Delisha Iman... Hehehe....”
Dengan muka yang agak selamba, Amir Asyraf menyampuk perbualan Rasyidah dan Delisha Iman. Amir Asyraf yang menetap di mahallah Bilal sangat kerap bertandang ke mahallah Asiah. Perjalanan yang mengambil masa beberapa minit sahaja dengan menaiki motor untuk ke mahallah Asiah menyebabkan dia lebih gemar untuk makan dan minum di situ. Kerana Delisha Iman lah Amir Asyraf selalu bertandang ke kafe Asiah.
“Kepala lutut kau tukar angin.. Jangan sampai angin taufan pulak datang.... Dengar sini wahai encik Amir Asyraf. Ini adalah kafe perempuan. Awak dan kawan-kawan awak yang bernama LELAKI tidak berhak masuk ke kawasan ini! Faham?”  Dengan tegas amaran yang diberi oleh  Delisha Iman. Matanya membulat menahan marah.

“Amboi... Kerek nampak.. Jual la mahal.. Tengok sikit ada tak orang nak kat dia.. Orang dekat sini nak, dia jual mahal sangat....”  Amir Asyraf sekali lagi cuba mengubah reaksi Delisha Iman.

Lantak r....! Bhai, bagi nasi goreng ayam dengan milo ais satu. Bungkus! Malas aku nak layan mamat serabut ni.... Syidah, cepat la order, kita makan kat bilik je.... Cepat sikit....!!”  Delisha Iman merengus perlahan menahan geram. Sikap Amir Asyraf yang kerap kali mengganggunya membuatkan dia melepaskan geram pada malam itu. Baginya Amir Asyraf semakin melampau sehingga berani masuk ke kawasan perempuan. Pak guard yang menjaga pagar mahallah Asiah sangat tidak tegas terhadap pelajar lelaki. Sudah lali Delisha Iman untuk membuat aduan tentang kes-kes yang melibatkan kaum adam. Hatinya bermonolog sendirian.

***





















2



Sudah masuk tahun ketiga Delisha Iman di UIA. Sepatutnya pengajian dalam jurusan     ilmu wahyu major in Quran Sunnah dan minor in Fiqh ini telah ditetapkan selama empat tahun pengambilannya. Tetapi, ia juga boleh dipercepatkan mengikut berapa banyak subjek yang diambil oleh pelajar. Teringat kata-kata kak Hawa tahun lepas apabila meminta study plan untuk major dan minor di Quran Sunnah Department.  “Kalau nak cepat habis, setiap sem kena ambil lapan belas jam credit hour dan setiap tahun perlu ambil short sem...” Bulat mata Delisha Iman. Mana mungkin untuk habiskan degree dalam masa tiga tahun setengah. Ini semua disebabkan dirinya yang sudah terlepas peluang itu kerana pada semester yang pertama dulu jam kredit yang diambilnya sangat rendah. Walaubagaimanapun, dia tetap redha. Semua ini hanyalah perancangan kita dalam membina strategi untuk belajar. Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah subhanahu wa ta’ala.

Tuk!! Rasyidah membuka pintu bilik H-2-3 dengan muka berseri-seri. Senyumannya meleret. Tirai langsir yang menutup bahagian bilik Delisha Iman dibuka laju.
“Eh, Iman.... Tengok ni... Ada surat untuk kau.. Aku dapat tau ada anak Dato' minat kat kau.....”  Senyuman Rasyidah masih lagi berbaki.

“Ha?? Kau ni... Biar betul.... Hmm.. Bak sini aku baca.”  Pantas dia mengambil surat yang berada di tangan Rasyidah. Matanya mula menatap baris-baris ayat yang tertulis di atas kertas berwarna ungu cair itu.

Ke hadapan wanita istimewa yang selama ini aku idamkan...Delisha Iman...
Dulu kita pernah berkawan...waktu sekolah rendah dulu, awak langsung tak peduli kehadiran saya.. Saya dari dulu suka kat awak.... Dan sekarang ingin melamar awak menjadi isteriku.... Sudikah dikau wahai saudari Delisha Iman? Saya tunggu balasan surat ini dari awak... Maaf, saya postkan surat ini kepada awak, tanpa memberitahu saya berada di mana.... Tapi, awak boleh postkan surat ini pada alamat berikut ini....

No 26, Taman Melawati,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Yang benar dan amat-amat ikhlas mencintaimu,
-Iskandar Syah-


Ya Allah.....Syah?? Macam mana dia boleh tahu aku belajar kat sini.... Dia masih ingat kat aku? SubhanAllah... Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang… Macam mana dia boleh tahu aku kat sini?


Hati Delisha Iman mula tertanya-tanya. Dia mula musykil dengan kehadiran Iskandar Syah. Zaman sekolah rendah yang sangat lama. Dia langsung tidak mengambil peduli tentang mana-mana lelaki dalam hidupnya ketika itu. Zaman kanak-kanak. Baginya belajar itu sangat penting dan tidak sempat untuk bermain cinta. Tidak pernah terdetik untuk menyukai mana-mana lelaki ketika itu. Mungkin hormonnya belum berubah ke arah fitrah itu. Mungkin.....

“Kenapa muka kau macam tu weyh?? Surat dari siapa tu?” Rasyidah tiba-tiba bersuara apabila melihat muka Delisha Iman berserabut.

HmmTakde pape la… Surat dari member lama… Aku just pelik je macam mana dia boleh tau aku kat sini,.. dan aku pelik dia still ingat kat aku,… Jadi, aku rasa terharu…” Delisha Iman mula berhelah ‘Erghh!!’

“Haha… Lawak la muka kau terharu macam tu…hehe,…” Rasyidah memulakan ayat perlinya…

“Ah,..biarlah…dah memang style aku macam ni…Hm…oklah,..aku nak solat dulu,…jom jema’ah[6]…” Delisha Iman ingin menghentikan perbualannya sambil mencampak kertas tersebut di atas meja study nya.

“Ok..” Rasyidah menjawab ringkas sambil tersenyum.

***

‘Iman adalah mutiara,..di dalam hati manusia…yang meyakini Allah…Maha Esa Maha Kuasa…’ (Ringtone)

“Helo,Assalamu’alaikum” Delisha Iman segera menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam…maaf ganggu, Delisha, awak free tak malam ni?” suara asing bergetar di ruang gegendang telinga Delisha Iman.
“Maaf, siapa ye? Saya tak save nombor….”
“Hehe…takkan tak cam suara saya kot…” Delisha Iman semakin musykil…
‘siapa pulak mamat nih…mana la dapat nombor aku… ni bikin aku panas nih…’
“Maaflah, saya tak kenal mana-mana suara lelaki…Assalamualaikum…” Delisha Iman segera ingin mematikan talian. Tetapi lelaki tersebut sempat menahannya.
“Eh….kejap-kejap….ok, saya bagitau siapa saya…maaf…saya Amir Asyraf… maaf lah asyik ganggu awak je…saya sebenarnya nak mintak maaf kat awak…sebab kacau awak dan selalu cakap yang bukan-bukan…maaf ye…” Dengan bersemangat Amir Asyraf menerangkan kepada Delisha Iman.
‘Ini yang aku paneh ni… sapa la yang bagi nombor aku kat mamat nih…hailaaaaa….’
“Hmm…ok,…saya maafkan…tapi, mana awak dapat nombor saya ye…agak musykil di situ…” Delisha Iman mula memerli.
Ehem,..saya kan hebat…hehe,..em.. susah jugak nak dapatkan nombor awak ni tau… jual mahal awak ni… hehe…”
“Awak tak reti jawab soalan ea?” ‘sengal betul, aku tanya mana dapat nombor aku, dia cakap benda lain pulak..’
Okay, saya dapat nombor awak dari sahabat baik awak la…”
“Siapa?” Delisha Iman mula panas.
“Oh,..mana boleh bagitau,…tapi kalau awak nak tau, awak kena jumpa saya malam ni,.. dan saya akan bagitau…lagipun ada benda saya nak bagitau awak,…perkara serius…,tolonglah…boleh?” Amir Asyraf mula merayu.
Hmm…tengok la dulu macammana,..ok..assalamualaikum…”
Ntah apa benda la yang mamat nih nak bagitau aku…Ah, malas nak pikir!’

***













3


Suasana pagi di UKM itu agak mendung. Mungkin kesan musim hujan yang baru saja bertandang beberapa hari lepas. Matanya kembali menatap ke arah kertas yang berada di atas meja belajarnya. Penuh jadual yang disusun.  Dengan bersungguh sambil membuat plan jangka masa panjang untuk mengisi masa yang bermanfaat apabila cuti panjang nanti, Faris Haikal mula melayan lagu nasyid yang berkumandang di radio IKIM. Tangannya menyumbat earphone pada kedua belah telinganya.

Tuhan yang Esa,
Udara yang ku hirup,
Terasa nikmatMu yang menggunung,
Tidak terhitung harga nilaiannya,
Oh, Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang…

Oit, Faris! Kau ingat tak kat member kita dulu…Azhar…?” Luqman memecahkan kesunyian sambil matanya menatap laptop. Faris Haikal diam tidak memberi sebarang respon. Telinganya masih disumbat dengan earphone. Kali ini suara Luqman sedikit meninggi sambil membaling bantal kecil ke arah Faris Haikal. “Faris! Dengar tak? Kau ingat lagi tak Azhar tu?”

“Ha? Azhar? Yang tinggi-tinggi tu ke?” Faris Haikal cuba mengingat.
Ha’ah,…yang tu lah….kau tau keadaan dia sekarang macamna?”
“Kenapa? Apsal dengan dia? Dia sakit ke??!” Faris Haikal mula panic.
“Apa kau ni…rilek la…ni aku nak tunjuk kat kau ni… cuba tengok page dia,…gilerrr!! Semua dengan perempuan je….fuuhhh!! cun-cun pulak tu,…seksi lagi…haha….” Luqman mula mengomen.
“Oh… yeke….hmm….” Faris Haikal terkedu dan hanya mampu beristighfar[7] dalam hatinya.
“Laaa….itu aje respon kau…tak best langsung….haha….” Luqman mula ketawa.
“Aku tak tahu nak cakap apa laa…hmm…kau nasihatlah dia…kau komen la kat gambar-gambar dia tu, biar dia insaf…aku pun tak tahu nak cakap apa….” Faris Haikal buntu.
Ekeleh,..apsal aku pulak nak komen,…dia tu bukan bestfriend kau ke dulu kat sekolah…eleh, aku malas nak ganggu hidup dia,…lagipun dulu aku mana ngam dengan dia…”
“Hmm….” Faris Haikal mendengar bebelan Luqman sambil memejamkan mata,..dan terus dibuai mimpi…


***


Depan Library, IIUM…

“Delisha….Delisha….” Amir Asyraf menjerit-jerit memanggil Delisha Iman yang sedang jalan berseorangan sambil memegang buku.
Erm…ada apa ni…macam kena kejar hantu je…” Delisha Iman memulakan bicara.
“Maaf ganggu…kenapa awak tak datang malam tadi…saya tunggu kat kafe malam tadi…sampai nak demam sebab sejuk sangat…..kan dah janji nak datang…..” nada Amir Asyraf mula serius.
“Saya ada hal…study dengan Rasyidah malam tadi.. dia mintak tolong ajarkan dia nahu[8]…” Delisha Iman berdalih.
“Yela-yela…tapi saya tunggu awak lama….awak tau sampai pukul berapa?”
“Tak tahu….” ‘Malas betul aku layan mamat nih…lantak la sampai pukul berapa pun kau tunggu, ada aku kisah?’
“Satu pagi…..” Amir Asyraf mula menagih simpati.
“Oooo…daripada awak tunggu saya sampai pukul satu tu baik awak baca Quran ke solat tahajjud[9] ke lagi bagus…” Delisha Iman mula mengeluarkan ayat perli dan pedasnya itu.
“Assalamu’alaikum…maaf menganggu perbualan saudara dan saudari berdua….” Seorang lelaki yang agak tinggi dan tegap tubuhnya serta berambut hitam bercampur inai kemerahan tiba-tiba menegur Delisha Iman dan Amir Asyraf.

“Wa’alaikumussalam wtb…Takpe…ada apa ye?” Delisha Iman terpaksa menjawab salam lelaki tersebut, apabila melihat muka Amir Asyraf mula mencebik dan tidak mahu menjawab salam lelaki itu. ‘Jeles la tu…’ Getus hatinya.
“Maaf bertanya, saudari ni Delisha Iman Abd Rahman kan?”  Dia mula meneka.
“Eh, macammana boleh kenal? Saudara ni siapa?” Delisha Iman mula berasa hairan dengan tekaan lelaki itu. Mukanya sangat tidak familiar di kawasan UIA ini. Mungkin pelajar yang jarang dia temui di kampus. Agaknya...

“Alaaa……dah-dah la….poyo la pulak….sekarang ni aku tengah sembang dengan Delisha Iman ni…yang kau tiba-tiba datang ni apahal?” Amir Asyraf seakan-akan mencari gaduh.

Aish! Cuba cakap sopan sikit dengan dia…Oh, maaf ye..saudara ni siapa?” Delisha Iman mula bertanya kembali.

“Saya Iskandar Syah….”  Mata Iskandar Syah kembali tertumpu pada Delisha Iman.
“Iskandar syah??”  Delisha Iman mula terkejut dan terpaku seketika.

‘Ya Allah……Iskandar Syah….aku dah la tak balas surat dia…siap campak surat tu atas meja macamtu je….aku tak sangka sampai tahap ni dia cari aku…..’
“Maaf…maaf…saya….Err..” Belum sempat Delisha Iman menghabiskan ayat, Iskandar Syah segera memotong.
Takpe-takpe…saya faham….awak memang takkan balas surat saya sebab saya tau awak sibuk..dan saya tau awak jenis perempuan yang memang sukar untuk layan lelaki….”
“Saya sebenarnya tak tau nak balas apa…maaf sangat-sangat….” Delisha Iman mula kesal.
“Ah,…mula buat drama la pulak mamat ni….Delisha….jom, saya belanja awak makan nak lunch?” Amir Asyraf mula bosan.
“Oh, maaf ye Amir Asyraf…saya puasa hari ni….Ok, Iskandar Syah…saya terpaksa pergi sekarang, kawan saya tunggu dekat library…nanti ada masa boleh jumpa lagi inshaAllah[10]…Assalamu’alaikum…” Delisha Iman terus berlalu tanpa menghiraukan dua jejaka itu sedang memerhatikannya sehingga hilang dari pandangan mata.

***

Betapa gembiranya hati aku hari ini, dapat jugak aku berjumpa dengan Delisha Iman. Unpredictable! But, I'm extremely happy and feel very very enthusiastic today...

“Lepasni saya akan luahkan segala isi hati saya ini pada awak Isha... Terserah sama ada awak nak terima atau tak, yang pasti saya sangat-sangat mengharap supaya awak sudi terima saya ini seadanya...Hopefully!’’ Wajah Iskandar Syah sedikit ceria. Dia bercakap separuh berbisik sambil memegang i-phone yang tertera gambar Delisha Iman yang diambil olehnya secara curi-curi tanpa pengetahuan Delisha Iman. Cute.... Sweet... Beautiful...’  Getus hatinya.
    

Don’t pretend you’re sorry
I know you’re not
You know you’ve got the power
To make me weak inside
And girl, you leave me breathless
But it’s okay
Cause you are my survival
Now hear me say

Lagu BSB, drowning dipasang. Matanya kembali tertumpu pada skrin i-phone. Wajah manis Delisha Iman direnung lama. Hatinya mula bermonolog. ‘Sejuk mata aku kalau dapat bini macamni...Hmm....Tapi, layak ke aku??? Oh God!’
 Tengah syok-syok layan lagu sambil menatap gambar Delisha Iman...tiba-tiba.......


Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
 (ringtone)

"Hello... Yep....Oh, I'm sorry Maya, I busy hari ni... I ada hal la..... No... No... Bukan boring.... Next week la k.. No, I've many things to do... Yela...ok! bye..."

Ah, sibuk je ajak aku keluar, boring betul! Enjoy je keje....Argh!! Stress aku!



***


Wajahnya sedikit muram. Sebaik sahaja keluar dari bilik mesyuarat tadi, Faris Haikal seakan buntu. Kali ini dia masih lagi dipilih untuk memegang sebuah amanah. Perlantikannya sebagai pengerusi surau di kolej Aminuddin Baki membuatkan dirinya serba salah. Hendak ditolak, menyebabkan abang-abang senior dan sahabat-sahabatnya terasa hati. Bila sudah menerima, dia pula yang seakan-akan tidak merelakan. Bukan mudah untuk memegang jawatan. Ini adalah amanah. Amanah yang sangat berat apabila tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
“Faris... Amacam? Okay tak ni?”  Syakir memegang bahu Faris Haikal sambil tersenyum meleret. Sahabat sekelasnya itu sangat mengambil berat terhadap dirinya. Faris Haikal balas dengan senyuman segaris.
InshaAllah okay....”  Jawapan sempoi yang diberikan oleh Faris Haikal menyebabkan Syakir tersenyum dan berasa senang hati. Dia mula meminta diri untuk pulang ke biliknya yang agak berjauhan dengan bilik Faris Haikal.

Faris Haikal menutup pintu biliknya perlahan. Buku ‘Fiqh Awlawiyyat’[11] karya Yusuf Al-Qardhawi itu diletak bersebelahan katilnya. Badannya dibaringkan di atas katil single itu. Mindanya ligat berfikir. Semester ini merupakan semester yang terakhir untuk dapatkan degree. Tapi, masih lagi diberi tanggungjawab seperti ini. Untuk tidak menghampakan ikhwan[12] yang dia kenal dalam jemaah di kampus itu, Faris Haikal bersetuju untuk memikul amanah tersebut.
Lagipun, mungkin dengan cara inilah dia boleh gunakan untuk meluaskan lagi dakwahnya[13] di kampus. Bina ukhwah[14] dengan sahabat-sahabat dan kenalan. Mulakan usroh dengan borak santai. Mudah-mudahan dengan niat suci ini akan berjalan dengan lebih lancar lagi selepas ini. Hatinya terkenang adik-adik dan impiannya di Darul Izzah[15]. Selepas praktikal di MTI[16] nanti, impiannya akan diusahakan bersama adik-adik Darul Izzah. Faris Haikal kembali tersenyum. 

***


Pening.... Hm... Mata Delisha Iman masih lagi tertumpu pada perkataan-perkataan arab di atas katilnya. I’jaz Fi As-Sunnah[17] tulisan Dr. Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi yang juga merupakan pensyarah UIA itu ditenung lagi. Satu-satunya subjek yang berkait rapat dengan ilmu sains. Sudahlah zaman sekolah dahulu dia bukan merupakan pelajar sains tulen. Malah, hanya mengambil subjek matematik tambahan di dalam kelas akaun! Itupun terkapai-kapai je. Puas kena bebel dengan abah supaya buat latihan. Huh... Matanya kembali menala ke arah buku tersebut. Agak mencabar subjek ni. Cuma, yang seronoknya ia berkaitan dengan hadith Nabi. Itu yang penting. Hm... Delisha Iman tersenyum simpul. Matanya mengecil. Esok, kena bersungguh untuk jumpa dengan pensyarah. Baru nampak sikit semangat untuk berjaya. Abah pun dah banyak kali pesan supaya selalu jumpa dengan pensyarah. Biar dia nampak kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Mana tau, tiba-tiba dia baik hati nak bagi markah lebih. Who knows....

Buku tadi diletakkan semula di atas meja belajar di bahagian kepala katilnya. Bantal peluk kecil dipegang dan ditepuk-tepuk bagi membuang segala habuk yang melekat pada bantal itu. Kebersihan itu penting. Tambahan pula ianya sebahagian daripada iman[18]. Ya, nama yang indah. Iman.... Delisha Iman tersenyum lagi. Seperti biasa. Sebelum jarum jam sampai pada angka dua belas, matanya perlu ditutup. Kalau terlebih bajet, maka esoknya akan mulalah untuk bermujahadah[19] berpisah dengan katil kesayangannya itu. Tambah-tambah Dato Dr. Fadzilah Kamsah pernah berpesan untuk jadi pelajar yang cemerlang mestilah tidur awal. Ya! Terima kasih Dato Dr. Fadzilah Kamsah....

***



Baru nak enjoy bila menetap di tanah air tercinta ni, mesti ada saja gangguan yang datang. Papa... Please la... Pelik. Usia masih muda bukan untuk bekerja. Masih ada masa untuk rehat-rehat dulu sebelum kaki mula jejak masuk office. Iskandar Syah merehatkan mindanya di atas katil. Serabut dengan bebelan seorang papa yang sangat tidak faham perasaan anaknya. But, Mama always understands me.... Detik hatinya. Matanya merenung syiling biliknya. Mindanya ligat berfikir sesuatu. Hatinya teringat sewaktu di UK[20] beberapa bulan yang lepas. Entah macam mana hatinya teringat pada Delisha Iman. Sedangkan ramai wanita-wanita di UK yang menaruh hati padanya. Tapi, kenapa Delisha Iman juga yang dipilih? Iskandar Syah tersenyum segaris. Baginya, Delisha Iman satu-satunya perempuan yang agak pelik. Ya! Sangat pelik. Dulu, waktu sekolah punyalah kerek. Dalam erti kata lain, dia sangat sombong. Tapi, bukan sombong yang membuatkan orang lain menyampah. Tapi, sombongnya itu menyebabkan semua orang terutamanya kaum adam tercabar untuk mendekatinya. Teringat ayat Shukri ketika di bangku sekolah dahulu sewaktu Delisha Iman menjawab soalan yang diajukan kepadanya. “Serius aku tak sangka kau berani sembang dengan Iman...”  Ramai yang cuba untuk berborak dengan Delisha Iman. Tapi, pada hari itu, aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh layan aku dengan baik. Sebenarnya, itulah strategi untuk bersembang dengan Delisha Iman. Bukanlah penting sangat masa tu. Tapi, soalan yang ditanya masa itu melibatkan cara untuk menunaikan solat dengan betul. Memang bersungguhlah Delisha Iman menerangkan pada aku.

Teeet.. Teeet...

Iskandar Syah tersedar dari lamunan. Telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima.
How’s life my dear? I’m waiting for you at 8pm. Tempat biasa” 
Huh! Maya....  Mata Iskandar Syah tertumpu pada skrin i-phone. Kemudian, dicampakkan i-phone itu di atas katil. Kehidupannya berubah sejak bertemu semula dengan Delisha Iman. Kehidupan wanita itu yang bersederhana dalam segala hal, penampilannya yang sejuk mata dipandang itu membuatkan Iskandar Syah terasa ingin berubah menjadi lebih baik. Dunianya dahulu bersama Maya banyak memberikan kesan buruk dalam hidupnya. Maya terlalu manja dan suka mendesak untuk keluar berhibur bersama. Kadang-kadang timbul muak di hati. Tapi, apakan daya... Nafsu mengatasi segala-galanya. Perasaan untuk berfoya-foya bersama perempuan masih segar di dalam jiwanya. Direnung semula i-phonenya. Keluar sekejap just lepak-lepak dengan member pun best jugak....Ah, sekejap je.... Getus hatinya. 

***













4




Lima bulan berlalu dengan begitu pantas, tanpa sedar memori dahulu kembali menghantui....

Dia insan pertama yang bertakhta           
Dia insan pertama yang ku cinta 
Dia pernah membuat ku bahagia 
Dia yang mengajarku 
Tentang  erti rindu 


Dia yang dulu pernah ku sanjungi 
Pergi seingga kini tak berganti 
Hilang dari pandangan hidup ini 
Membawa luka pedih tak terperi 

Tiada ku duga 
Permulaan yang jernih 
Menjadi keruh dengan tiba-tiba....


Air mula bergenang di kelopak mata Delisha Iman. Lagu Dia nyanyian Fauziah Latiff ini telah membuatkan dirinya sangat merindukan dan terkenangkan Faris Haikal...
‘Faris Haikal, kenapa kau menghilang dan meninggalkan aku, ketika mana aku sangat memerlukanmu, di situlah engkau tiada..... Ya Allah.... Aku sangat merindukannya, ya Rahman..... Ujian inilah yang sangat berat bagiku ya ‘Alim..... Macammana keadaan dia sekarang? Ntah-ntah dah kahwin...Ya Allah... Kalau betullah dia dah kahwin... Hanya Allah saja yang mengerti hati ini...’

Tanpa diundang, air mata Delisha Iman mula jatuh menitis di pipinya yang putih kemerah-merahan.

“Iman, kau menangis?” Mata Rasyidah menala ke wajah Delisha Iman. Dia mula sedar keadaan sahabatnya itu.

“Hmm... Tak de apalah syidah, aku rindu kat mak aku... Dah lama tak jenguk mak kat kampung...”  Delisha Iman mula berhelah seperti biasa.

“Kau ni... Aku tau kau tipu aku... Mesti sebab lain kan...? Pagi tadi kau kan dah call mak kau... Lagipun, minggu depan kan dah cuti, cuti la lama mana pun... Lagipun dah habis belajar... Tunggu hari konvo je....” Nada Rasyidah berbaur sebuah pujukan.

“Hmm.... Ya... Aku tau...... Tapi syida.....”  Suara Delisha Iman bergetaran menahan sebak.

“Kenapa ni Iman? Cuba cerita kat aku, kenapa kau sedih sangat ni?”  Kening Rasyidah semakin berkerut melihat keadaan sahabat baiknya itu. Kerisauan semakin membentak-bentak di dalam jiwanya.

“Syidah.... Aku nak cari dia syida. Aku nak sangat tau keadaan dia sekarang... Ana fi syauqin syadidin ilaih[21] syida.... Aku memang tak dapat lupakan dia...." 
Suara Delisha Iman bertambah sebak dan tersekat-sekat menahan sebak dan kesedihan yang dialami... Matanya mula sembap dan bengkak.
“Iman...be strong! Aku faham perasaan kau sekarang ni.. Setahun lebih korang tak berhubung,... Jangan putus asa dengan takdir Allah.... Kalau betul kau rindu dan sayang kat dia, doalah untuk dia....”  Rasyidah mula memberikan nasihat.
“Setiap waktu syida.... Aku tak pernah lupa doa untuk dia...” Delisha Iman kembali mengawal perasaannya.
“Iman, doalah andai ditakdirkan jodoh dengan dia, minta Allah permudahkan dan dekatkan hati dengannya, tapi sekiranya tidak ditakdirkan bersama, berdoalah supaya Allah luputkan segala ingatan kau terhadap dia dan supaya kau redha serta tenang dengan takdirNya.. Sabarlah sayangku Iman.... Allah tahu apa yang terbaik buat kita... La tahzan ya ukhti.[22]” Rasyidah yang sangat rapat dengan Delisha Iman sudah mula berjinak-jinak dalam menuturkan lughotul jannah[23] itu. Baginya bahasa itu sangat unik dan dia selalu belajar bahasa arab dengan Delisha Iman. Walaupun dia mengambil jurusan yang tiada kaitan dengan arab, tapi bahasa itu wajib dipelajari untuk memahami bahasa Al-Quran. Delisha Iman selalu berpesan padanya bahawasanya Imam As-Syafi’e pernah berkata “Belajar bahasa arab itu adalah wajib ke atas umat Islam”. Bulat mata Rasyidah kehairanan. Mengapa pula boleh menjadi wajib. Bukankah itu merupakan pilihan kita sama ada untuk mempelajarinya ataupun tidak?
“Secara logiknya, mengapa Allah menurunkan al-Quran dalam bahasa arab? Dan Allah mengatakan dalamnya supaya kita berfikir[24]. Dan, menurut Imam As-Syafi’e, mempelajari Al-Quran itu adalah wajib dan fardhu ain. Maka, secara automatiknya mempelajari bahasa arab juga adalah wajib kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab.”

Mendengar jawapan Delisha Iman itu, dia akur dan mula bersungguh untuk mempelajari bahasa syurga itu. Rasyidah tersedar dari lamunan. Matanya memandang ke arah Delisha Iman. Keadaannya  kembali tenang. Rasyidah mendengus perlahan. 

Shukron[25] Syida.... Hmm, Syida, aku nak solat dulu ye...” Delisha Iman mula akur dengan sahabatnya, dan terus berlalu sambil mengambil tualanya di birai katil....

***

















“Apabila kita datang kepada-NYA dalam keadaan merangkak, DIA datang kepada kita seperti berjalan, apabila kita datang kepada Allah dalam keadaan berjalan, DIA datang kepada kita seperti berlari, apabila kita datang dekat kepada-NyA dalam keadaan berlari, DIA datang dekat kepada kita bagai sekilat dan sepantas cahaya... Ingatlah, ALLAH itu dekat, dan lebih dekat daripada urat leher kita.”

 Dalam surah Qaf, ayat 16, Allah berfirman: “Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
 






















Pagi itu seusai solat sunat dhuha[26] di bilik, Delisha Iman termenung jauh melihat ke luar tingkap. Hatinya sayu sejak dari semalam, asyik melayan perasaan. Entah macam mana bayangan Faris Haikal datang bertandang dan mengganggu fikirannya. Minggu hadapan merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat semua pelajar UIA yang sama batch dengannya. Hari konvokesyen yang menjadi idaman setiap pelajar.

“Assalamu’alaikum...”  Suara Rasyidah menghentikan lamunan Delisha Iman. Dipandangnya sekilas ke arah suara tersebut. Rasyidah perlahan menuju ke compartment Delisha Iman.
“Wa’alaikumussalam...” Pantas Delisha Iman menyambut salam Rasyidah setelah melihat sekujur tubuh berdiri tegak di hadapannya. 
Amacam? Dah okay?”  Spontan soalan yang diajukan oleh Rasyidah. Delisha Iman hanya diam tidak menjawab sepatah. Hanya segaris senyuman dilemparkan. “Laa, aku tanya dia boleh senyum pulak. Itu maknanya dah okay la kan?”  Kening Rasyidah terangkat sebelah. Soalan yang sama diajukan.

I’m fine, inshaAllah... Allah is always there for me. Never regret... never, never and never say goodbye....”  Delisha Iman ketawa perlahan disambut oleh Rasyidah. Gurauan itu menunjukkan dia betul-betul okay. Sekadar penyedap hati sahabat baiknya itu.

“Hahaha.... Buat lawak la pulak kau ni... Harapnya kau betul-betul okay la ye... Em, okaylah aku nak sambung kerja mengangkut barang-barang aku. Tata...”
Okay....”  Sepatah Delisha Iman menjawab.

Iman adalah mutiara
di dalam hati manusia, yang meyakini Allah...
Maha Esa, maha kuasa...
(ringtone)

Mata Delisha Iman segera tertumpu pada handphonenya yang sedang berbunyi. Suara Nazri dari kumpulan Raihan sungguh mendayu. Serangkap nama tertera pada skrin handphone. ‘Iskandar Syah’.      
Sejak terjumpa beberapa kali dengan pemuda itu di kampus, mereka sempat bertukar nombor. Memandangkan Iskandar Syah terlalu mendesak. Tidak sampai hati pula Delisha Iman untuk menolak. Tambahan pula Iskandar Syah merupakan sahabatnya semasa di sekolah dahulu. Ini membuatkan Delisha Iman tidak rasa bersalah untuk memberikan nombornya kepada pemuda itu. Iskandar Syah juga kerap kali bertanyakan masalah agama kepadanya. Memang tidak ubah sikapnya yang suka bertanya sejak dari sekolah lagi. Lamunannya terhenti mendengar vibration handphonenya yang terletak di atas meja study. Segera dicapainya handphone itu kerana rimas dengan bunyi getaran yang mengganggu. Butang answer ditekan malas.
“Assalamu’alaikum...”  Sepatah perkataan saja terungkap di bibir Delisha Iman.
“Wa’alaikumsalam. Sorry ganggu awak. Busy ke?” kedengaran suara Iskandar Syah di ruang gegendang telinga.
Busy la jugak. Ada apa call?”  Ringkas jawapan yang diberi. Mendatar nada suara Delisha Iman.
“Hm, saya ada benda nak bagitahu awak. Tapi, bukan sekarang. Boleh kita jumpa esok dekat luar? Saya ambik awak kat UIA, kita makan kat luar.”  Bersungguh Iskandar Syah memberikan jawapan. Panjang dan padat.
“Ergh! Maaflah, saya tak boleh keluar. Lagipun, saya dah janji dengan kawan nak makan dengan dia orang.”  Seperti biasa. Helah menjadi style Delisha Iman untuk mengelak sesuatu yang tidak digemarinya. Masakan ingin keluar bersama lelaki bukan mahram[27]. Bukan itu saja, malah kalau mak dan abah tahu, lagi parah dibuatnya.
Okay, kalau macamtu saya akan bagitahu awak sehari sebelum awak konvo. Nanti saya call awak...bye”  Delisha Iman diam tanpa memberikan apa-apa respon. Handphonenya segera dicampakkan ke atas katil. Malas nak fikir panjang. Tunggu je lah masa berlalu. Apa-apa pun berita yang nak disampaikan oleh Iskandar Syah, harapnya berita yang baik dan boleh diterima akal. Hm, I hope so.....

***





5




Beberapa hari selepas konvokesyen Delisha Iman.....

“Mak, Syah lamar along...” Delisha Iman memberitahu ibunya tentang hasrat Iskandar Syah yang telah melamarnya beberapa hari lepas. Semasa di UIA, Delisha Iman tidak sempat untuk menceritakan kepada Pn Bariah tentang perkara ini, selepas pulang ke kampung baru peluang itu ada untuk meluahkan segalanya kepada Pn Bariah.

“Syah? Iskandar Syah anak Dato’ Halim tu ke?”  Pn Bariah mula mengagak. Dan dia merasakan tekaannya tepat kerana dia kenal dengan pemuda itu serta kaluarganya yang kaya dan terkenal.

“Ya mak....” Delisha Iman menundukkan wajahnya. Matanya memandang tafsir yang tertutup di atas meja di ruang tamu rumahnya.

“Jadi, along terima tak?” Pn Bariah semakin tertarik untuk mengetahui selanjutnya cerita anak sulungnya itu.

“Along tak bagi apa-apa jawapan lagi mak. Along cakap yang along nak tanya pendapat mak dan abah dulu...dan dia setuju...”  Perlahan suara Delisha Iman menutur kata.

Okaylah kalau macamtu, pada mak eloklah along terima... Lagipun, dah takde apa-apa khabar berita pun dari Faris....” Pn Bariah serba salah apabila tidak sengaja menyebut nama Faris Haikal di hadapan anaknya itu. Memandangkan riak wajah anaknya itu tiba-tiba berubah.

“Nantilah mak, along tak nak fikir apa-apa lagi... Along nak buat solat istikharah[28] malam ni, hmm... Nanti mak bincanglah dengan abah ya... Along sakit kepala mak, along masuk bilik dulu ya....” Delisha Iman berjalan perlahan menuju ke biliknya sambil membawa handbagnya dan terus terbaring di atas katil.... Migrain kembali...Huh!

***


“Isha ok kan?” Iskandar Syah memulakan perbualan memecahkan kesepian di dalam kereta mewahnya itu.

Owh... Isha ok je... Hm, papa dan mama Syah tau ke yang Syah nak perkenalkan Isha harini?”  Delisha Iman mula ragu.

“Hehe... Syah tak bagitau pun, nak bagi surprise....”  Iskandar Syah tersenyum meleret.

‘Surprise?? Ya Allah...cuaknya aku kalau macamni...kenapala dia tak bagitau parents dia awal-awal, lebih baik aku bersedia dengan apa yang akan terjadi, sama ada baik atau buruk...’

“Hey, kenapa ni sayang?” Iskandar Syah sengaja menyakat Delisha Iman dengan panggilan ‘itu’ untuk melihat respon Delisha Iman.

Don't call me like that... Kita belum nikah lagi!!” Tegas suara Delisha Iman. Memang prinsipnya itulah yang amat dikagumi oleh jejaka-jejaka yang mengenali dirinya. Faris Haikal, Amir Asyraf, dan Iskandar Syah yang pernah menaruh hati terhadapnya..

 Iskandar Syah tersenyum melihat wajah Delisha Iman yang cepat melatah apabila disakat... Keretanya terus dipandu laju menuju ke Taman Mutiara.
***


“Nampak ustaz Faris tak?”  Masyitah berdiri tegak di hadapan pintu bilik guru. Dia memandang sahabatnya. Sejak Masyitah menjadi ustazah praktikal di sekolah Ma'ahad Tarbiyyah Islamiyyah, dia sudah tertarik terhadap peribadi dan sifat yang ditonjolkan oleh Faris Haikal. Bukan dia sahaja yang berkenan terhadap Faris Haikal, tetapi kebanyakan guru-guru praktikal di situ berkenan terhadapnya. Sementelah wajahnya bersih dan tampan.

“Tak nampak la, tapi tadi dia dah masuk kelas rasanya...” Salah seorang guru praktikal di sekolah itu memberi respon sebaris. Masyitah tersenyum simpul.

Dalam diam Masyitah meletakkan surat berwarna merah hati di bawah meja Faris Haikal kemudian dia terus berlalu sambil menjeling ke arah dua lagi ustazah muda yang sedang berpraktikal di sekolah Ma’ahad Tarbiyyah Islamiyyah sama sepertinya juga.

Krringg!!!!

Sejurus selepas loceng rehat berbunyi, Faris Haikal terus menuju masuk ke dalam pejabatnya. Sedang mencari kertas resume yang akan dihantarnya pada esok pagi, dia terlihat kertas berwarna merah hati yang terselit di sebuah buku di bawah mejanya. Dibukanya kertas itu perlahan.

Assalamu'alaikum....

kepada ustaz Faris Haikal...
sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini,
makin hari, makin tak tentu arah saya dibuatnya...
melihat peribadi ustaz, saya sangat kagumi,
cara ustaz bercakap, suara ustaz, wajah ustaz...
saya serba salah...mungkin cara saya tak betul dengan mengirimkan surat ini kepada ustaz, tapi saya nak sangat ustaz tahu bahawa saya sudah jatuh hati dengan ustaz....ustaz, sudilah terima cinta saya ini...saya ingin menjadi permaisuri hati ustaz Faris Haikal bin Abdullah ini...

sekian,wassalam...
Masyitah Mohd
‘Ya Allah....Astaghfirullahal 'azim....’
Faris Haikal segera beristighfar merasakan dirinya berdosa kerana telah menyebabkan ramai ustazah-ustazah praktikal di situ jatuh hati terhadapnya dan Masyitah Mohd salah seorang di antara mereka.... Faris Haikal segera menyelitkan kembali surat itu di celah bukunya. Dia menenangkan perasaannya kembali. Wajahnya berubah. Hatinya mula menyebut-nyebut kalimah Ilahi. Kerja terus dilakukan seperti biasa.  

***
“Papa... Perkenalkan, ni Delisha Iman, bakal isteri Syah yang Syah cerita hari tu...”  Iskandar Syah memperkenalkan Delisha Iman kepada parents nya sambil tersenyum dengan harapan Dato’ Halim dan Datin Nora akan menerima calon isterinya itu.

“Where are you studying at? What course are you taking?”  Tanpa sempat menjawab apa-apa respon dari Iskandar Syah, Dato' Halim memulakan bicaranya dengan menyoal terus kepada Delisha Iman.

“Err, saya belajar di UIA. Saya baru lepas grad dalam course Islamic Revealed Knowledge.[29]”  Dengan teragak-agak Delisha Iman menjawabnya kerana takut melihat kebengisan muka Dato' Halim.

“What??! Syah, I already said that I want a daughter-in-law who is taking medicine! Look at her clothes, wearing a large scarf, what era does she think she's living in, the ancient era?!”  Mata Dato Halim bulat memandang penampilan Delisha Iman. Baginya zaman era ini perempuan yang maju pasti memiliki tubuh yang menawan dan penampilan yang seksi. Jauh beza dengan penampilan Delisha Iman. Mukanya merah padam menahan marah.

“Papa!! Please respect her when talking to her papa.. I like her,..I said I want a pious wife just like her!”  Iskandar Syah mula meradang dengan sikap Dato' Halim menghina Delisha Iman sebegitu rupa.

“Syah, Please respect your dad... Dia kan papa Syah...” Delisha Iman bercakap separuh berbisik. Dia cuba bertenang dengan situasi sebegini. 

“Syah tak boleh terima papa hina Isha macamni...”  Mata Iskandar Syah memandang tepat ke dalam anak mata Delisha Iman. Pantang baginya seseorang menghina apa yang menjadi satu kesukaan dan kecintaannya.

“Enough!! Kau bawak dia keluar dari sini, papa tak nak tengok muka dia kat rumah ni!!”  Dengan muka yang amat garang Dato' Halim memandang muka Delisha Iman yang tidak mengerti apa-apa.
“But why?! Syah tetap akan pilih Isha sebagai isteri, syah tak kisah papa nak cakap apa...”
Sambil menghentak pintu dengan kuat, Iskandar Syah segera menarik tangan Delisha Iman yang berlapikkan jubahnya berwarna hijau cair itu tanpa tersentuh sedikit pun kulit mereka. Delisha Iman hanya menurut. Sedih dan kecewa serta terkejut dengan situasi itu telah menyebabkan  dia tidak sedar lengan bajunya ditarik kasar.

Selepas keluar dari rumah banglo bertingkat tiga milik Dato' Halim itu air mata terus menitis di pipi Delisha Iman.

“Isha... Maafkan papa ya,... Dia memang macamtu,.. Syah tak suka dia hina Isha macamtu... Isha, Syah tetap akan mengahwini Isha walaupun papa tak suka.....” Iskandar Syah cuba memujuk hati Delisha Iman yang terkilan dengan sikap Dato' Halim.

“Tak boleh Syah, perkahwinan bukan satu permainan. Ia memerlukan redha kedua ibu bapa.. Tiada keberkatan kalau perkahwinan tanpa restu kedua ibubapa....”

“Tapi Isha... Syah sayangkan Isha..... Tolonglah... Syah akan cuba sedaya upaya untuk pujuk papa....”  Iskandar Syah mula merayu dan memberikan harapan baru kepada Delisha Iman.

“Baiklah Syah... Isha nak balik sekarang boleh, Isha nak rest... Pening..”  Sambil memegang kepala menahan sakit, Delisha Iman membuka pintu kereta dan segera duduk di seat bahagian belakang, dan Iskandar Syah menuju masuk ke dalam kereta sambil menghidupkan enjin keretanya.

***

6




Monolog Cinta......

Sunyi dingin hati mengingati,
memori duka berkunjung melawati,
riwayat cinta ternoda dilukai,
esak tangisku kecewa meratapi.
Cinta...
Itulah permulaan jiwaku yang remaja,
mengharap kasih curahkan rasa,
madah pujangga hangat terasa,
bila yang dicinta gemar mengalunkannya.
Sayu...
Adakah terhapus pengorbanaku di dasar kasihmu?
Lupakahmu perjanjian cinta kita yang beribu?
Bersama mengukir rindu kasih di langit biru,
nyaman bayu menyapa seakan merestu.
Hampa...
Mengapa cintamu hanya seketika
Tidakkah bernilai cintaku yang setia?
Pengorbananku yang ikhlas kau anggap dusta,
Kesalku berkorban jiwa dan raga.
Pasrah...
Hatiku remuk luka berdarah,
Sesal mendambamu yang mencipta punah,
kuimpikan bahagia parah menerjah,
Syukurku parah tidak menjadi barah.
Ya Allah...
Maafkan aku hamba yang yang lemah,
dahulunya kulupakanMu, Al Quran dan As Sunnah,
syukur luka dukaku Engkau ubati sudah,
Kini kutemui cintaMu yang tiada nokhtah......

Dalam sujud sejadah aku menghadapMu ya Rabbi....
Hadirkan ketenangan dalam hatiku ini....
Rasul KekasihMu sangat aku rindui...
Akhlak baginda tiada terperi.....

Ya Rabbi....
Kasihku kini menyepi...
Tidakku pasti apa yang akan terjadi....
semalam, hari ini sudah pasti....
Esok, lusa entah bagaimana nanti....
kerana itu belum pasti...
Adakah dia akan kembali...
dalam mencari cinta sejati....
Ya Allah...
walau hati ini dimiliki insan ini....
aku masih mengarapkan dia kembali...
Di manakah dia ya Allah harus ku cari....
Berilah petunjuk-Mu ya Rabbi....
Subhanallah....sesungguhnya aku sangat mengharap padanya lagi...
walau apa jua yang terjadi...
dia akan menjadi harapan untuk aku miliki....Ameen...ameen ya Rahman......

Dalam sujud menagih cinta seorang mujahid fi sabilillah[30]. Delisha Iman mula menitiskan air mata. Entah siapa ‘dia’ yang Delisha Iman maksudkan. Tapi, yang pasti ‘dia’ itu ialah seorang suami yang akan memimpinnya di jalan yang diredhai. ‘Dia’ itu suami yang mujahid. ‘Dia’ itu suami yang penyayang. ‘Dia’ itu suami yang sangat cintakan perjuangan. Adakah ‘dia’ itu wildan[31] yang sedang menanti bidadari-bidadari bumi? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....

Walaupun dalam hati Delisha Iman terdetik sebuah nama sang pencinta mujahid. Faris Haikal Abdullah. Nama yang sudah lama tidak kelihatan wajahnya. Membuatkan Delisha Iman semakin parah dalam menanti kasihnya kembali. Di manakah ‘dia’ itu?

Malam yang hening. Langit hitam pekat mewarnai alam. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Solat istikharah yang didirikan oleh Delisha Iman hampir dua jam lamanya. Bermunajat meminta pada yang Esa cinta seorang suami. Apa yang diharapnya pasti akan terkabul. Kerana Allah Maha mendengar segala luahan hati makhluk-makhlukNya.... Subhanallah.....
***


Buku ‘The Great Leader Of Umar’ dibiar terbuka. Matanya tertumpu pada buku yang terbuka itu tetapi mindanya jauh mengelamun. Tidak dapat dia lupakan saat pertunangannya dengan Iskandar Syah yang bertahan selama dua hari sahaja akibat amukan dan kemarahan yang berlaku oleh Dato Halim. Majlis pertunangan yang dijalankan secara kecil-kecilan itu tanpa hadirnya Dato’ Halim itulah punca segala kemarahan dan amukan. Datin Nora yang sentiasa merestui hubungannya dengan Iskandar Syah bersungguh dalam menguruskan segala hal yang berkaitan dengan majlis pertunangannya itu. Menurut Iskandar Syah, Dato Halim tidak dapat turut serta kerana penglibatannya dengan urusan perniagaan di luar negara ketika itu.
Tetapi semuanya tipu dan pembohongan belaka. Iskandar Syah terpaksa membuat alasan itu untuk tetap terus bersama Delisha Iman. Disebabkan itulah Delisha Iman malas untuk terus bersama Iskandar Syah.


“Tadaaa.... Cantik tak jam ni untuk along....?” Lamunannya terhenti. Matanya mula menatap wajah adiknya Najiha yang bersemangat menunjukkan hadiah yang baru dibelinya di korea.

“Erm,...cantik jiha...tapi along dah ada la jam tangan macamni...” Delisha Iman mula menyakat adik bongsunya itu.

“Eleh along ni...banyak songeh pulak....terima je la...penat jiha beli untuk along tau!” Najiha mula buat simpati dengan membuat gaya manjanya.

“Hehe...yela...along terima...saja je nak menyakat jiha....”

“Yela tu....eh, along....kenapa mata along ni? Sembap je...macam bengkak pun ada...along sihat tak ni?” Najiha mula menyedari keadaan Delisha Iman setelah setahun tidak bertemu muka kerana melanjutkan pelajarannya di korea.

Err...along sihat je la....emm, hadiah untuk mak dengan abah mana?” Delisha Iman mula menukar topik perbualan mereka.

“Adala....rahsia...kejap lagi jiha akan bagi sendiri dekat mak dengan abah....eh, along...Abang Faris macammana? Dia sihat?” Najiha dengan muka tidak bersalah bertanyakan soalan cepumas pada Delisha Iman kerana dirinya memang tidak tahu-menahu tentang mereka berdua.

“Em, along tak tahu keadaan dia macam mana... Along dah lost contact dengan dia...” Acuh tak acuh saja jawapan Delisha Iman.

“Lost contact?? Kenapa Jiha tak tahu?”  Kening Najiha terangkat sebelah tanda kehairanan.

“Buat apa along nak bagitahu jiha... Lagipun susah nak contact jiha... Alaa, tak penting pun.... Dan yang pasti Jiha tak tahu sebab berita ni tak masuk surat khabar pun...” Delisha Iman malas nak berhujah panjang dengan adiknya.

“Along ni kan.... Haish! Patutla mata sembap.... Along nangis banyak eaaaa??” Najiha mula mengagak kakaknya yang selalu berahsia ini. ‘Terlalu perahsia, huh!’

“Mana ada.... Erm, dah la... Along nak masak....” Delisha Iman mula bangun dari sofa dan terus berlalu ke dapur.
***




“Bang.... Boleh saya bantu?” Seorang lelaki memakai baju T bersama seluar slek berwarna hitam menegur Faris Haikal dari belakang.

“Assalamu'alaikum, boleh... Memang saya memerlukan bantuan...  Alhamdulillah[32]... Allah hantar saudara untuk menolong saya...” Faris Haikal berbicara.
 
“Takpe,.. Hal kecik je ni... Kenapa dengan kereta abang ni?” Lelaki tersebut mengetuk-ngetuk body kereta Faris Haikal yang tersangkut di tengah jalan raya.

“Entahlah...tiba-tiba mati enjin...saya rasa mungkin enjin problem...cuba saudara tengok?”

“Alah abang ni... Janganla bersaudara-saudara dengan saya...panggil je saya Amir...Amir Asyraf....”  Amir Asyraf segera menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Owh... Amir... Amir pulak tak payah panggil abang-abang kat saya, panggil je Faris... Faris Haikal..”  Faris Haikal menyambut salam yang dihulurkan oleh Amir Asyraf. Mereka sempat berkenalan di tengah-tengah jalan raya sambil melihat di mana kerosakan sebenar pada kereta Faris Haikal.

“Faris ni nak ke mana? Dari Perak jugak ye?” Amir Asyraf memulakan persoalan terhadap Faris Haikal.

“Ya saya... Saya dari Perak nak ke KL... Datang ziarah kawan...dah lama saya tak jumpa dia...”

“Ooo... Siapa kawan Faris tu?”

“Kawan lama....Tapi, saya tak pasti dia masih di KL atau dah balik ke kampung...”

“Ok! Dah siap...cuba start enjin tu...” Amir Asyraf dengan bangganya menunjukkan kepakarannya dalam bidang yang diambil di UIA..Budak Engineering yang hebat di kampus.

Vuummm!!!

“Alhamdulillah....baguslah saudara Amir ni...tak sangka dapat membantu saya...”  Faris Haikal tersenyum lembut.

“Hehe...biasa je...buat apa kalau ada ilmu tentang ni tapi tak praktikkan...betul tak?” Amir Asyraf mula bersyarah.

“Betul! Ambik kos engineering ke sebelum ni? Ambik dekat mana?” Faris Haikal mula mengagak dan terus bertanya.

“Ya. Saya ambil di UIA...”

“UIA??” Faris Haikal segera terbayang wajah Delisha Iman.
‘Adakah dia masih di sana? Atau dah balik kampung? Argh! memang inilah tujuan aku datang KL...’

“Kenapa terkejut?” Amir Asyraf agak hairan dengan sikap Faris Haikal.

“Amir kenal Delisha Iman?” Faris Haikal cuba untuk mendapat maklumat dari Amir Asyraf.
'Mungkin budak ni kenal Iman...Harapnya begitulah...'

"Wah! Sangat-sangat kenal....Dia lah wanita yang sangat-sangat...sangat saya kagumi di kampus. Macam mana boleh kenal dengan Delisha ni? Abang dia ke? Muka macam ala-ala nak sama je....hehehe...." Amir Asyraf mula meneka.

"Eh, tak la...saya sahabat lama dia... Dia masih di UIA?"

"Dia dah balik lama dah kampung bro...lepas dia putus tunang dengan mamat poyo tu, dia balik kampung terus,...saya frust la bro, kenapa la dia terima mamat tu..." Amir Asyraf mula membuka cerita.

“Putus tunang???” Faris Haikal mula terkejut dengan cerita yang dibawa oleh Amir Asyraf.

“Yep! Mamat tu muka macam kacukan sikit. Tak tahu lah saya dia keturunan mana.. Ehh,.. Saya dah lambat ni...nak nombor fon boleh,..senang nak contact lepasni....”

“Oh, ni nombor saya..”

"Ok,jumpa lagi,Assalamu'alaikum..."

"Baik,terima kasih ye, wa'alaikumussalam...."

'Ya Allah....Iman dah pernah bertunang?? Tapi, kenapa putus? Hm...Mesti ada sebab ni....Allah.....semuanya salah aku....kenapa aku lost contact dengan dia....kan dah susah nak cari balik.... Innalillahi wa inna ilaihi roji’un[33]....'

***












7




Bammm !!!!

Bunyi hentakan pintu kereta Iskandar Syah ditutup. Dia memandang banglo yang tersergam indah di hadapannya. Mukanya merah padam.
"Stress…stress,….arghh !!!" Iskandar Syah menghempas tangannya pada stereng kereta mewahnya, melepaskan geram dan kemarahan.
"Kenapa tak angkat call??? Mesej tak jawab!!! Kenapa....kenapa???" Sekali lagi jeritan Iskandar Syah bergetar . Semakin lama semakin kuat. Pak guard yang menjaga pagar di rumahnya terus berlari menuju ke arahnya.
"Kenapa tuan?" Pak guard yang dpanggil mesra oleh mereka pak Kadir itu menegur keadaan Iskandar Syah di dalam kereta mewahnya.
"Nothing! Just leave me alone, tepi, saya nak keluar!" Pak Kadir segera ketepi dan memberi laluan kepada Iskandar Syah sambil menggeleng kepala melihat gelagat anak muda itu.
Vummm!!!
Keretanya terus dipandu begitu laju. Semua kereta di jalan raya itu dipotongnya. Tanpa memikirkan soal nyawa atau risiko lain, dia masih memandu dengan begitu laju.
"Aku tak boleh terima kenapa kau tak angkat call aku! Aku tak boleh terima kau tak balas mesej aku! Besar sangat ke kesalahan yang aku buat?! Dulu aku jadi baik sebab kau! Sekarang nak suruh aku kembali ke 'neraka tu' semula ke??!!" kereta Iskandar Syah terus dipandu laju.

Bamm!!!
Dia menghentak pintunya dengan kuat, dan terus menuju ke dalam pub bersebelahan restoran Ah Cheng. Lampu berkelip-kelip di dalam pub, sambil kelihatan lelaki dan perempuan bercampur bergaul tanpa segan silu menari-nari. Iskandar Syah mengambil posisinya. Dia duduk di tepi lampu berkelip-kelip samar itu. Mukanya kelihatan sugul dan sedikit pucat, rambutnya kusut. Dari jauh kedengaran kasut bertumit tinggi datang menghampirinya. Seorang perempuan seksi memakai skirt berwarna merah duduk bersebelahannya.
"Finally, datang jugak you kat sini..Welcome back my dear...lama tak nampak you..you pergi mana honey?"  Maya bersuara manja sambil mengusap-ngusap rambut Iskandar Syah dan menyentuh lembut pipinya.
"Shut up! Tepi! Geli tau tak sentuh-sentuh camni!"  Iskandar Syah mengangkat sedikit punggungnya dan mengesot jauh sedikit dari Maya.
"Sejak bila you tak suka I sentuh you ni? Hmm...you masih gilakan perempuan kuno tu ke?!"  Maya mencebik sambil menjeling ke arah Iskandar Syah untuk melihat reaksi lelaki itu apabila dia mengutuk Delisha Iman.
"Kau diam!! Siapa kau nak cakap dia kuno??! sekurang-kurangnya dia tak pernah sentuh aku kau faham??! Dia tak pernah pakai macam kau ni! Perasan cantik! Dia tak pernah goda aku ! Dia tak pernah!!"
Suara Iskandar Syah bergetar sehingga muzik di pub itu berhenti. semua mata-mata di situ sedang menyaksikan drama Iskandar Syah dan Maya. Muka Maya serba salah kerana dimalukan sebegitu rupa.
"Kau ingat, sekali lagi kau kutuk dia, nahas kau!"  Satu amaran keras buat Maya. Iskandar Syah terus berlalu keluar dari pub sambil diperhatikan oleh mata-mata yang sedang asyik melihat pertengkaran mereka berdua sejak tadi.
Iskandar Syah terus memecut kereta dengan speed yang laju. Dia menekan minyak tanpa rasa bersalah. Matanya kabur kesan liquor yang diminumnya tadi. keretanya hilang kawalan. Secara spontan sebuah lori datang dari arah berlawanan mengikut lorong kanan, dia segera mengelak dengan memusingkan sterengnya ke kiri dan...........Bammm!!!!
Satu dentuman kuat bergetar. Kelihatan darah memancut-mancut dari hidung dan mulut Iskandar Syah, 5 minit kemudian siren ambulans kedengaran bergetar di ruang jalan raya.......


***

8





Air paip dibuka perlahan. Tangannya di cuci sehingga tiada kotoran. Dimasukkan air ke dalam mulut, dikumur-kumur dan dibuang sehingga tiga kali ulangan. Dibasuh mukanya dengan lembut sambil diniatkan di dalam hati, ‘ya Allah, semoga muka ini berseri-seri dan bercahaya di padang mahsyar nanti’. Dibasuh pada tangan kanan sehingga ke siku dan diniat, ’ya Allah, semoga catatan amalanku diterima dengan tangan kanan’. Dibasuh pula tangan kiri sehingga ke siku dan diniat,’ ya Allah, hindarkan dariku dari menerima catatan amalan dengan tangan ini.' Seterusnya dibasuhkan pula sedikit rambut di bahagian kepala dengan niat.'ya Allah lindungilah kepala dan rambutku ini dari panasnya matahari di Mahsyar nanti.' Kemudian diteruskan dengan membasuh anggota sunat ini iaitu telinga dengan berniatkan ‘ya Rahman , lindungilah aku dari mendengar perkara-perkara maksiat dan ampunkanlah dosa-dosa telingaku.' Kemudian di sambungnya dengan membasuh kaki kanannya sambil berniat ‘ya Rahman, permudahlah kaki ini untuk menyeberangi titian sirat nanti’, disusuli pula dengan membasuh kaki kiri,’ya Rahim,lindungilah kaki ini daripada bergerak ke tempat maksiat,ya Rahman’.

Seusai berwudhuk, Delisha Iman mengangkat tangannya ke langit dan berdoa dengan doa wudhuk yang biasa dibaca olehnya supaya Allah menjadikan dirinya orang yang bertaubat, orang yang suci dan supaya Allah jadikan dirinya berada dalam kalangan hambaNya yang soleh.[34]

Telekung dicapai dan disarungkan. Solat dhuha dua rakaat didirikan dengan penuh kekhusyukan, dia meneliti setiap bacaan dalam solatnya dengan tekun. 'Sungguh indah kalam-Mu ya Rahman[35]...'


Seusai solat, dia berdoa seperti biasa dan bertilawah sehelai dua muka surat serta bertadabbur[36] satu ayat dalam Quran, surah al-Baqarah ayat 216.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Memang benarlah ayat ini, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Delisha Iman teringat bait-bait lagu nyanyian Zain  Bikha, Allah knows.

When you feel all alone in this world 
And there's nobody to count your tears 
Just remember, no matter where you are 
Allah knows 
Allah knows

When you carrying a monster load 
And you wonder how far you can go 
With every step on that road that you take 
Allah knows 
Allah knows 

No matter what, inside or out 
There's one thing of which there's no doubt 
Allah knows 
Allah knows 
And whatever lies in the heavens and the earth 
Every star in this whole universe 
Allah knows 
Allah knows 

When you find that special someone 
Feel your whole life has barely begun 
You can walk on the moon, shout it to everyone 
Allah knows 
Allah knows 

When you gaze with love in your eyes 
Catch a glimpse of paradise 
And you see your child take the first breath of life 
Allah knows 
Allah knows

When you lose someone close to your heart 
See your whole world fall apart 
And you try to go on but it seems so hard 
Allah knows 
Allah knows 

You see we all have a path to choose 
Through the valleys and hills we go 
With the ups and the downs, never fret never frown 
Allah knows 
Allah knows 

Every grain of sand, 
In every desert land, He knows. 
Every shade of palm, 
Every closed hand, He knows. 
Every sparkling tear, 
On every eyelash, He knows. 
Every thought I have, 
And every word I share, He knows. 
Allah knows 



Seusai bertadabbur, handphone Delisha Iman berirama....
Iman adalah mutiara....(ringtone)
Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin handphonenya. 'Siapa pulak ni? Nak angkat ke tak?'
Segera ditekannya button ok (answer). 
"Assalamu'alaikum...Hello...."  Tidak sempat Delisha Iman menghabiskan ayatnya untuk bertanyakan siapakah gerangannya yang menelefon, ayatnya segera dipotong.
"Ni Isha ye? Ni Datin...Datin Nora...Syah accident, I dapat tahu semuanya disebabkan you Isha. Jadi, Isha kena datang tengok keadaan Syah! Dia koma!"  Suara Datin Nora seakan-akan di antara marah dan sedih, bercampur baur....
 'Ah,...Bala...adakah disebabkan aku tak menjawab segala panggilan dan mesej darinya....sehingga koma??! Ya Rahman....ujian apakah ini.....................' 

***




Warung Kak Leha menjadi pilihan utama Amir Asyraf dan Faris Haikal untuk mereka menyambung perbualan dan perkenalan mereka. Air milo panas menjadi pilihan Amir Asyraf dan Teh panas menjadi pilihan Faris Haikal. Sambil menyaksikan gelagat-gelagat manusia di sekeliling KL itu, mereka berbual-bual untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.

"Jadi, Faris kenal Delisha Iman time sekolah menengah dulu la ye?"  Amir Asyraf bersemangat ingin mengetahui dengan lebih mendalam hubungan Faris Haikal dengan Delisha Iman. Wanita yang pernah menjadi idamannya sewaktu di kampus.

"Ya...Dulu saya pegang jawatan sebagai presiden sekolah. Iman pulak jadi exco dakwah dan tarbiah....tapi dia junior saya...saya time tu ambik STAM [37] form 6 la...tapi Iman form 5, ambik SPM [38]. Lepastu saya pindah semula ke KL....tapi,sejak tu lah kami berkawan,..sampai Iman masuk UIA..."  Faris Haikal mula bercerita tentang perkenalan dia dengan Delisha Iman.

"Oooo....dasyat jugak ye...memang layak sangat la delisha jadi exco dakwah tu...hehehe...eh,tapi kenapa Faris pindah KL? Ada apa kat KL?"  Amir Asyraf mula hairan.

"Hmm...sebenarnya, saya dibesarkan di rumah anak yatim Darul Izzah. Memang sejak kecil saya di situ. Saya kehilangan ibu dan ayah sejak lahir. dan saya memang tak pernah kenal siapa ibu bapa saya...dulu saya pernah teringin nak cari,tapi memang tak pernah jumpa dan takkan jumpa. Saya sendiri tak tahu sama ada mereka hidup ataupun dah meninggal. sebab saya dapat rasakan memang saya tak pernah ada ibu bapa...."  Airmata bergenang di kelopak mata Faris Haikal.

"Ooo...takpe...saya faham,mungkin mereka memang dah meninggal...tapi saya tengok muka Faris ni dengan Delisha macam lebih kurang nak sama la....hehehe....macam adik-beradik...kiranya kalau cakap adik-beradik memang orang percaya laaa wa cakap sama lu....hehe" Amir Asyraf mula menimbulkan syak. 

"Eh...takdelah...tak sama pun...Hmm...saudara Amir tahu rumah Iman kat mana?"  Faris Haikal mula bertanya semula tentang Delisha Iman.

"Tak tahu la pulak...bukan ke Faris kawan lamanya,...sepatutnya mesti lebih tahu...."  Amir Asyraf membuat andaian.

"Ya,saya tahu alamat rumahnya yang lama...Saya ada cari kat situ,tapi jirannya ada cakap yang dia dah pindah....Nombor lama dia pun dah tukar..."  Faris Haikal berbaur kesal.

"Owh ye, saya ada curi nombor fon dia waktu di kampus, saya mintak kat sahabat baik dia...Rasyidah...Cuba call...."  

"Rasyidah? Ya Allah....saya hampir lupa dengan sahabat baik dia....oklah,saya call dia...eh, saya dah lambat nak ke Darul Izzah...nak ikut sekali?"  Faris Haikal segera mengangkat punggungnya untuk beredar dari warung kak Leha.

"Owh,takpelah...saya ada hal kena jumpa kawan..ada bisnes nak bincang kejap lagi....hehe.."  Amir Asyraf turut bersama berdiri untuk segera ke destinasinya selepas ini.

"Baiklah,jumpa lagi nanti, assalamu'alaikum....."  Faris Haikal menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Wa'alaikumussalaam..."  Amir Asyraf menyambut mesra tangan yang dihulurkan oleh Faris Haikal.



***









9





Kadang-kadang kita mengharap, akhirnya putus harapan...
Kadang-kala kita gembira, adakalanya sedih bertandang...
Kadang-kala kita bahagia, diselit pula derita...
Kadang-kala kita suka, bercampur pula dengan duka...
Kadang-kala kita cinta, dicemburui oleh benci...
Kadang-kala kita sayang, dan itulah dinamakan kerinduan yang berpanjangan.......
Hanya hati yang mampu menilai cinta sejati..
Dengarkanlah kata hati, kerana cinta sejati itu tidak berlandaskan nafsu....
Lahir dengan sifat suci dari kasih dan sayang.......

-Diari Cinta-
Delisha Iman

"Amboi-amboi....powernya ayat along...."  Najiha dengan muka selamba membaca diari kakaknya Delisha Iman tanpa pengetahuan darinya.

"Weyh! Selamba je Jiha ni....bak sini diari along!"  Muka Delisha Iman kemerahan menahan malu.

"Alaaa....tak habis baca lagi ni.....oooo....siapa 'dia' dalam diari along ni? Dia insan pertama yang...."  Tak sempat Najiha menghabiskan bacaannya Delisha Iman menarik diarinya dari tangan Najiha.

"Shut up ok....pergi kemas bilik tu,bersepah....jangan duk sibuk baca diari orang naa...."  Delisha Iman mula bersyarah.

"Eleehh....kedekut! Tengok la...bila orang dah ada diari nanti, along tak boleh baca,! Not allowed!!"  Najiha menjuihkan bibirnya dan mengeluarkan lidahnya untuk menyakitkan hati kakaknya itu.

"Lantak hang laa....ada aku kisah?? Hahaha..."  Delisha Iman membalas dengan meniru gaya Sheila Rusly dalam sebuah dramanya di astro prima.

“Poyo!”  Najiha memukul bahu delisha Iman tanda geram dengan gaya kakaknya sebentar tadi.

"Eyy! Sakitla....ehh,Jiha....sini kejap...along nak share something ni...."  Delisha Iman menarik tangan Najiha ke katilnya.

"Apa dia?"  Najiha seakan-akan tidak sabar ingin mengetahui. Dengan sifat inkuiri[39] yang sangat tinggi dalam dirinya sejak kecil lagi.

"Teman along pergi KL esok....Along dah mintak izin mak dengan abah petang tadi...mak dengan abah dah izinkan...cuma, along takut nak pergi sorang...."  Delisha Iman buat muka simpati.

"Boleh je....tapi..........along nak pergi KL nak buat apa?"  

"Along nak ziarah kawan along....dia accident Jiha....teruk sangat sampai koma...along rasa bersalah sangat dengan dia...."  Delisha Iman mula bersimpati keadaan Iskandar Syah.

"Koma?? Erk...takutnya Jiha dengar...."  Muka Najiha seakan-akan melakonkan watak simpati yang dasyat.

"Ishk! Jangan main-main Jiha....Along serius ni...esok pagi kita bertolak ye,....lepas siap sarapan untuk mak dengan abah..."  Delisha Iman memberikan cadangan kepada adiknya.

"Yes boss!!"  Najiha meletakkan tangannya di dahi seakan-akan meniru watak Shah Rukh Khan dalam filem Yes Boss! ......

***


Jam menunjukkan pukul 10 pagi, lagu korea kumpulan Girls Day dipilih oleh Najiha di dalam kereta kancil berwarna hijau tua milik Delisha Iman.

OOH YEAH
Girl's Day! Do you hear me? Listen!
Nae mareul jom deureobwa
Oppan jeongmal nappasseo
Nae mameul wae humchyeosseo
Oppan jeongmal motdwaesseo
Eojjeomeojjeom eotteokhamyeon nan joha
Utjima utjima neomu meotjyeo nan molla 
Hajima hajima mamamamamamamama
Kajima kajima mamamamamamamama
I Love You

“Owh no! Along tak nak lagu ni! Tukar cepat…ishk!”  Delisha Iman membebel kerana tidak suka lagu korea kumpulan Girls Day yang dimainkan oleh adiknya Najiha.
“Alaa…poyo la along ni…mula la tu,pasang lagu jiwang dia! Nyampah!”  Najiha mula merungut.
Shut up,…just dengar je ek…jangan bising….kereta ni along punya okay…”  Delisha Iman segera mengeluarkan cd korea adiknya itu dan digantikan dengan cd Amir ukay’s.
Cd tersebut terus dimainkan….. Lagu ‘Kita Akan Dijemput Pulang’ terus berkumandang..... 

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi… di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita…
Harus diingat… kita hanya musafir
Yang didatangkan… hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput… untuk pulang
Di jemput pulang

Sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh itu, doa kenderaan dan doa-doa tambahan dibaca oleh Delisha Iman. Dengan harapan agar perjalanannya diberkati dan diredhai serta dilindungi Ilahi. Perjalanan dimulakan dengan kalimah Allah. Bismillahirrohmanirrohim….
Sejam berada di highway Najiha mula dibuai mimpi… ‘Emm,penat la tu…aku yang drive dia pulak yang penat….’ Delisha Iman bermonolog.
Lagu Amir ukays yang dipasangnya sudah bertukar kepada cd Maher Zain…. Lagu freedom menjadi pilihan ketika itu, ditekan button repeat supaya lagu itu diulang-ulang tanpa bosan.

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Delisha Iman memandu dengan penuh cermat. Dalam kusyuk memandu dengan penuh berhati-hati, tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bertopi dan beberapa lagi anak muda di dalam kereta itu bercampur lelaki dan perempuan. Sambil mereka memotong kereta yang dipandu Delisha Iman, salah seorang lelaki dan seorang perempuan mengeluarkan sedikit kepala mereka dan menjelir lidah sambil bergelak ketawa dan menunjukkan isyarat ‘menghina’ pemakaian ‘tudung’ bidang 60 yang dikenakan Delisha Iman. “Astaghfirullahal ‘azim[40]…apa kena dengan diorang ni? Putus wayar apa….macam-macam dunia zaman sekarang ni,…hmm” Delisha Iman bersuara sederhana.  
“Gila la tu…ada patut menghina pulak,…diorang tak sedar diri apa…ingat terdedah sana terdedah sini tu cantik sangat la…’hot’ kat dunia pastu ‘hot’ kat api neraka jahannam[41]!!”  Tiba-tiba Najiha memberi respon terhadap situasi sebentar tadi.
“Eh,…ingatkan Jiha tidur…rupanya nampak ye diorang buat apa kat along tadi?”  Delisha Iman meminta kepastian daripada adiknya yang baru sedar dari tidur akibat bunyi bising apabila bunyi muzik berdentum-dentam ketika kereta anak-anak muda itu memecut sebentar tadi.
“Dengar sangat….bising….orang tak siuman gitu la jadinya…bila lupakan Allah dan Rasul….”  Najiha mula bersyarah.
“Biasalah tu Jiha,…sebab tu kita kena berilmu…amalkan apa yang kita belajar, bukan sekadar cakap tapi tak laksanakan….bak kata Imam al-Ghazali ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu pula sia-sia…”  Tambah Delisha Iman.
“Hm…betul betu betul….”  Najiha mula meniru gaya upin dan ipin sambil ketawa kecil.

Perjalanan Delisha Iman diteruskan dengan bertemankan lagu-lagu dan senda gurau dari Najiha. Sesekali mereka berbincang tentang isu-isu semasa yang berlaku di era ini.

***


Seronok dan bersemangat Amir Asyraf dapat bermesra dengan anak-anak yatim di Darul Izzah. Setelah diajak beberapa kali oleh Faris Haikal, akhirnya Amir Asyraf akur juga untuk menziarahi anak-anak yatim tersebut. Mereka berdua kemudian meneruskan perjalanan setelah menziarahi anak-anak yatim di sana dan terus menuju ke destinasi untuk menghantar Amir Asyraf ke rumahnya.
Best jugak budak-budak kat situ…sporting, mesra…bijak-bijak pulak tu…malu saya…diorang lebih celik ilmu agama dari saya….celik aqidah mereka…aduhh, banyak yang perlu saya belajar dari mereka dan Faris….”  Amir Asyraf berbaur kesal kerana tidak berkesempatan menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam.
“Takpe Amir…sekurang-kurangnya kita ada semangat untuk menuntut ilmu dan mempunyai sifat inkuiri dalam diri dengan lebih tinggi…itu sudah cukup baik….”  Tambah Faris Haikal.
“Betul…erm,tapi saya hairanlah dengan budak tu,..apa nama dia tadi…Aiman,…haaa…dia cakap tentang ulul albab kat saya….apa tu Ulul Albab[42]? Yang saya tahu, Ahmad Albab[43] je…hehehe”  Amir Asyraf mula berjenaka.

“Owh,…ulul albab ni bermaksud orang yang berakal…Ulul Albab adalah merujuk kepada maksud ayat al Quran dari surah ali Imran ayat 190-191[44], terdapat dua kata kunci yang penting iaitu ‘ulul albab’ dari sudut celik aqeedah dan tujuan beramal dengan konsep ulul albab ini adalah untuk membebaskan diri kita dari azab api neraka di akhirat nanti. Maka, muslim yang sentiasa berfikir akan ciptaan Allah SWT adalah merupakan mukmin yang berakal. Dia rapat dengan Penciptanya iaitu Khaliq[45] kita, Allah SWT…”  Dengan penuh bersemangat Faris Haikal bercerita tentang ulul albab kepada Amir Asyraf yang sungguh bersemangat mendengar explanation Faris Haikal.

“Oooooo….jadi bermakna orang yang berakal adalah orang yang sentiasa memikirkan segala ciptaan Allah di bumi ini….?”  Amir Asyraf mula untuk memahami.

Yep! Bukan saja di bumi, malah seluruh alam….Ahli ‘Ulul albab’ ini hendaklah yang sentiasa berfikir untuk   menambah-baikkan kualiti hidup ummah. Mukmin[46] celik aqeedah, seperi Anas Ibn Malik, yang menolak kontrak dari khalifah[47] yang zalim, dan mukmin yang celik komputer untuk mempromosikan IT Tayyibah[48] ‘input’ dan ‘output’nya….begitulah ciri-ciri ahli ulul albab…”  Faris Haikal mula berfikir dengan lebih mendalam tentang ‘ulul albab’ ini. Memang sangat bagus bagi mukmin yang mempunyai ciri-ciri ulul albab tersebut. Mudahlah ia menjadi mukmin professional.
Yes!! Saya dah faham…..thanks a lot ya Faris,..nanti bolehlah saya selalu ziarah[49] budak-budak tu…ajaklah saya bila nak ke sana ye….”  Amir Asyraf mula bersemangat untuk menambah ilmu baru.
“Sudah semestinya saya akan ajak….inshaAllah…”  Faris Haikal mula menghentikan keretanya di stesen minyak petronas berdekatan untuk mengisi minyak.
“Rm50 ya, nombor  2…” Faris Haikal segera menghulurkan duit RM50, dan  Amir Asyraf mengisi minyak kereta Faris Haikal di luar sana. Selepas selesai membayar, Faris Haikal menuju ke ruang air mineral untuk dibeli bagi menghilangkan dahaga, tiba-tiba dia terdengar satu suara wanita yang pernah dia kenal di ruang berkenaan.
“Jiha…dahla tu, duit along tak cukup nanti…kita datang sini bukan nak mencekik…!”  Delisha Iman mula membebel dengan sikap adiknya yang sedang mengambil makanan ringan begitu banyak di ruang berkenaan.
“Eleh along ni…kedekut betul…”  Najiha mula mencebik.
“Ishk! Susah betul nak faham la dia ni….” Delisha Iman mula geram dengan sikap adiknya itu.
Sesampainya di ruang kaunter bayaran, Faris Haikal segera melihat muka Delisha Iman dari jarak dekat dan………….
‘Allah!! Aku dah agak….suara dia memang aku kenal sangat! Alhamdulillah…akhirnya bertemu jua!”
“Iman!”  Faris Haikal tanpa sempat memberi salam tanda terkejutnya dengan kehadiran gadis yang sudah lama dia nantikan itu.
“Faris??!”  Delisha Iman seakan-akan melihat hantu. Bagaikan tidak percaya, pemuda idamannya kini muncul di hadapan matanya. Doanya terkabul jua. Dalam hatinya ucapan hamdalah berulang kali tanda bersyukur atas pertemuan ini.
“Iman apa khabar? Is ada call Iman tempoh hari…tapi, tak dapat…Iman tukar nombor ye?”  Faris Haikal cuba mendapatkan penjelasan dari Delisha Iman.
“Err,…aah…erm,…Maaf…err…”  Delisha Iman seolah-olah kelu lidahnya. Tak dapat dia menerangkan situasinya ketika itu.
“Eh,…Abang Faris?” Najiha baru perasan setelah kusyuk memilih makanan dan minuman sejak dari tadi.
“Najiha…Jiha sihat? Bila balik Malaysia?”  Faris Haikal mula meng’interview’ Najiha sambil mereka semua keluar dari kedai petronas tersebut.
“Dah dua minggu dah kat Malaysia…best belajar kat sana…”  Najiha bersemangat cerita tentang pengalamannya di Korea.
“Iman, kenal kan Amir Asyraf?”  Faris Haikal memegang bahu Amir Asyraf sambil menyoal Delisha Iman.
“Owh, kenal…kawan Iman kat kampus dulu….” Delisha Iman seakan tidak percaya perkenalan Faris Haikal dan Amir Asyraf. ‘Ah, sungguh kecil dunia ini!’ Hatinya bermonolog.
“Delisha apa khabar? Lama tak sakat awak….hehe…”  Amir Asyraf mula dengan sifatnya yang selamba itu.
“Saya sihat je…alhamdulillah…saya datang KL sebab nak ziarah kawan saya sakit…”  Delisha Iman merasakan kurang enak bersembang di ruang petronas tersebut. Dia bagaikan ingin cepat-cepat beredar dari situ.
“Owh, siapa kawan Iman? Rasyidah ke?”  Faris Haikal mula dengan sifat inkuirinya itu.
“Bukan…hmm,…maaf Iman kena cepat,…kami pergi dulu ye, assalamu’alaikum….”  Delisha Iman seolah-olah ingin berahsia daripada Faris Haikal. Mungkin belum masanya lagi untuk dia tahu.
“Baiklah…wa’alaikumussalaam….”  Faris Haikal memberi ruang untuk Delisha Iman dan Najiha berlalu. Dia tahu bahawasanya Delisha Iman memang sedang merahsiakan sesuatu darinya. Mungkin bukan harini, tapi esok lusa pasti akan dapat tahu juga. Pasti!













10




Kelihatan wajah Datin Nora nampak serabut. Jelas kerisauan yang terpancar di wajahnya, risau dengan keadaan anaknya Iskandar Syah. Dato’ Halim duduk di kerusi sofa luar bilik kecemasan dengan muka yang tiada reaksi. Adakah dia turut sama risau atau sebaliknya? Hanya Allah saja yang tahu. Delisha Iman dan Najiha melihat situasi itu dari jauh dengan hati yang penuh debaran. Seminit kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik kecemasan tersebut. Nampak dia sedang menuju ke arah Datin Nora dan Dato’ Halim.

‘‘Anak Datin masih koma. Saya tak boleh nak bagi kepastian bila dia boleh sedar .. yang pasti, kondisinya sangat lemah…mengikut keadaannya, dia accident akibat kesan dari alkohol yang ada dalam badannya…terlalu banyak, dan dia hilang kawalan ketika memandu…saya juga mendapati anak Datin mengalami kekacauan jiwa, mungkin dia kehilangan orang yang sangat dia cintai…saya cuma nak mintak Datin bawakan orang yang anak Datin sayang dalam hidup dia selain Datin dan Dato’,..Dari segi psikologinya mungkin ini dapat membantu untuk dia cepat sedar…harapnya begitulah…’’
Dengan lancar doktor Ridzuan menjelaskan tentang keadaan Iskandar Syah di hadapan Dato’ Halim dan Datin Nora. 
‘‘Ah, memang betul menyusahkan kalau nak bawak perempuan tu… !’’  Dato’ Halim masih meluat dengan Delisha Iman. Tambah-tambah anaknya itu accident disebabkan Delisha Iman juga.

‘‘Biarlah…Apa yang penting anak kita sedar…kita gunakan je lah perempuan tu…’’  Datin Nora seolah-olah hendak memujuk Dato’ Halim supaya menerima kedatangan Delisha Iman.

Delisha Iman mula berjalan menuju ke arah Datin Nora dan Dato’ Halim. Mereka memandang Delisha Iman dari jauh. Jubah hitam yang dikenakan oleh Delisha Iman sungguh padan dengan tudung bidang berwarna purple gelap itu. Semakin lama semakin hampir.

‘‘Assalamu’alaikum datin, dato’…’’  Delisha Iman memulakan bicara.

‘’Kenapa lambat ?!’’ Tanpa menjawab salam, suara Dato’ halim bergetar di luar bilik kecemasan Hospital Kuala Lumpur itu. Jururawat yang sedang menjalankan tugas sekilas terpandang mereka yang sedang berdrama di halaman tersebut. ‘’kau tau tak dia koma teruk disebabkan kau!’’  Dato’ Halim tak pernah puas menghina dan memarahi Delisha Iman. Riak wajah Delisha Iman berubah, mukanya merah padam menahan malu, tambah-tambah dimarahi sebegitu rupa di hadapan adiknya Najiha. 

‘’Maafkan saya. Saya bertolak lewat dari rumah. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dari Perak ke KL…’’ Delisha Iman ingin mempertahankan dirinya.

‘’Peduli apa! Ah, meluat nak cakap dengan kau ni!’’  Dato’ Halim terus meninggalkan mereka di situ tanpa rasa bersalah.
‘’Sudahlah Isha… you pergi  masuk tengok keadaan Syah…’’  Datin Nora seakan-akan cuba memujuk hati Delisha Iman.

‘’Baik datin….’’  Delisha Iman akur dengan perintah datin Nora.

Dibukanya pintu perlahan-lahan… melihat keadaan Iskandar Syah memang sangat kritikal.. oksigen mask itu, dan spo2 itu membuatkan hati Delisha Iman makin gementar.
‘Ya Allah…’ Dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Iskandar Syah. Hatinya teringat dengan bait-bait yang  dinyanyikan oleh kumpulan Nice, ‘Sesekali Diuji’.

Sesekali diuji…
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Delisha Iman mengeluarkan kitab Majmuk Syarif[50] dari handbagnya. Dia membuka ayat seribu dinar yang biasa diamalkan seusai solat fardhu. Selepas membaca surah al-Fatihah, dia mula membuka doa kanzul ‘arasy[51] untuk dibaca. Setelah itu, disambung pula dengan doa ‘Akasyah[52]. Diniatkan di dalam hati dan berdoa supaya Iskandar Syah sembuh dan pulih serta sedar seperti biasa. Dia memandang keadaan Iskandar Syah lagi, hatinya pilu dan rasa bersalah terhadap Iskandar Syah. Bukan dia sengaja tidak membalas mesej dan menjawab panggilan Iskandar Syah, tapi, dia merasakan dirinya ingin mendekati Pencipta dan mungkin dia tidak pernah mencintai pemuda yang kaya dan bergaya ini. ‘Allah…..’  hatinya bermonolog lagi…Asma Allah[53] tidak pernah lekang dari mulutnya dan hatinya…
Hasbi Rabbi jallallah…..mafi Qalbi ghairullah[54]…….’ 

Setelah itu, terdengar azan berkumandang. Menandakan telah masuk waktu maghrib. Di ufuk langit kelihatan sakit mengeluarkan warna merah ke’oren-oren’an. Delisha Iman segera berlalu dari situ, ingin mengadap Ilahi. Solat diawal waktu baginya sangat penting atas sebab dosa yang banyak dilakukan tanpa sedar atau tidak. Cukuplah dengan merasakan diri hina ketika mengadapNya, merasa malu dengan dosa-dosa yang dilakukan. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mendapat rahmat dariNya. Takut juga amalan-amalan yang sedikit ini ditapis di langit pertama tidak diterima ketika juru audit iaitu Malaikat Hafazhah meneliti adakah amalan itu bercampur dengan maksiat yang dibuat, maka ianya akan tertolak…wa na’uzubillahi min zalik….[55]


[1] Lagu dari sebuah Filem hindustan.
[2] Perbincangan isu agama dalam kelompok yang kecil. Ia telah wujud pada zaman Rasulullah saw lagi. Rasulullah saw selalu membuat perbincangan agama dalam kelompok yang kecil di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam.

[3] Berterusan.
[4] Pendakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
[5] Mahallah merujuk kepada hostel atau tempat tinggal pelajar-pelajar di UIA
[6]Solat bersama-sama dalam kelompok yang ramai. Mempunyai Imam dan makmum. Pahalanya 27  kali ganda besarnya dari solat berseorangan.  
[7] Istighfar: meminta keampunan daripada Allah swt.
[8] Subjek arab yang melibatkan grammar dalam bahasa arab. Nahu dan juga sorof.
[9] Solat pada waktu malam yang boleh dilakukan hanya selepas tidur. Syaratnya mesti tidur walaupun sekejap dan boleh melaksanakan solat tahajjud ini hanya selepas tidur pada waktu malam. Ia juga dipanggil Qiamullail iaitu bangun pada malam hari.
[10] Jika Allah mengizinkan atau menghendaki.
[11] Fiqh Keutamaan.
[12] Maksud Ikhwan ialah Saudara-saudara lelaki. Ia panggilan khas yang biasa digunakan oleh para jemaah yang      terlibat dengan usroh. Panggilan ini menunjukkan sebuah ikatan yang terbina atas redha Ilahi.
[13] Perbuatan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
[14] Ikatan hubungan persaudaraan yang dibina dalam jemaah dan usroh.
[15] Sebuah rumah dan sekolah anak-anak yatim yang terletak di Bangi.
[16] Ma’ahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah.
[17] Subjek dalam course Ilmu Wahyu khusus dalam Quran Sunnah: ‘Kelebihan dan mukjizat yang terkandung di dalam Hadith Rasulullah saw.
[18] Kebersihan itu sebahagian daripada iman: Ada ulama’ hadith  mengatakan ia adalah hadith Dha’if iaitu hadith lemah. Dan ada juga pendapat yang menyatakan ianya  Qaul Hukama’ iaitu kata-kata hikmah. Tetapi fiqh daripadanya benar iaitu kepentingan dan galakan menjaga kebersihan dalam Islam. Lafaz hadith yang sahih ialah “bersuci itu sebahagian daripada iman”. Allahu a’lam.
[19] Mujahadah adalah berasal dari perkataan jahada iaitu bersungguh-sungguh.
[20] United Kingdom.
[21] Aku sangat merinduinya.
[22] Jangan bersedih wahai saudariku.
[23] Bahasa syurga.
[24] Dalam surah az-zukhruf ayat 2 dan dalam surah yusuf ayat 2, Allah berfirman “Kami menjadikan al-Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti.”
[25] Terima kasih.
[26] Solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi. Jika dijadikan amalan akan menjadikan hidup kita dilimpahkan dengan rahmat dan rezeki dari Allah swt.
[27] Mahram ialah saudara yang haram dinikah, cth: Mak, ayah, adik-beradik, anak saudara, bapa saudara, ibu saudara. Bukan Mahram pula ialah saudara seIslam yang halal dinikah.
[28] Solat sunat yang dilakukan ketika berada dalam dua pemilihan. Ianya amat digalakkan perlaksanaannya.

[29] IRK: Bidang Ilmu Wahyu.
[30] Pejuang di jalan Allah.
[31] Jejaka/Pemuda yang berada di syurga. Rujuk surah al-Waqi’ah ayat 17. Allah berfirman, “Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda.”
[32] Segala puji-pujian hanya kepada Allah.
[33]Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya jua kita kembali.” Kalimat ini dinamakan kalimat istirja’ (pernyataan kembali kepada Allah). Ucapan ini disunnahkan diucapkan ketika ditimpa musibah. Rujuk surah al-Baqarah ayat 156. Allah berfirman, “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”
[34] Baik.
[35] Kalaam: Kata-kata Allah.
[36] Tadabbur berasal dari perkataan ‘tadabbara, yudabbiru, tadbiran’ membawa maksud menyusun sesuatu, mentadabbur, mentadbir. Tetapi dalam konteks ayat ini ia membawa maksud tadabbur al-Quran iaitu memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran dengan baik.
[37] Sijil Tinggi Agama Malaysia.
[38] Sijil Pelajaran Malaysia.
[39] Sifat ingin tahu yang terlalu tinggi.
[40] Aku meminta keampunan daripada Allah yang maha Agung.
[41] Neraka jahannam ialah neraka yang disediakan Allah untuk makhlukNya yang mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat. Dan mereka yang buat dosa-dosa besar. Cth: Tidak menutup aurat, derhaka kepada ibu bapa, membunuh, berzina dll.
[42] Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran dan As-Sunnah, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
[43] Tajuk filem P.Ramlee.
[44] Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”
[45] Khaliq ialah Pencipta: Ia diambil dari perkataan Khalaqa, iaitu mencipta.
[46] Orang yang beriman.
[47] Maksud asal Khalifah ialah pengganti. Tapi dalam konteks ayat di sini ialah penguasa yang memegang amanah besar serta mengorbankan kepentingannya hanya kerana orang bawahannya.
[48] Bersih dari segala perkara haraam.
[49] Ziarah ialah Melawat. Ia berasal dari bahasa arab iaitu ‘Zaaro’, ‘Yaziiru’, ‘Ziyarotan’.
[50] Himpunan doa-doa yang ma’thur dan doa pelindung dari segala musibah.
[51] Doa pilihan yang terhimpun di dalam kitab Majmu’ as-Syarif.
[52] Doa pilihan yang terhimpun di dalam kitab Majmu’ as-Syarif.
[53] Nama Allah.
[54] Cukuplah Allah bagiku, Tiada siapa yang berhak berada di hatiku melainkan Allah.

[55]Dan kami berlindung daripada Allah dari perkara itu’